Sunday 25 October 2009

The Champion of Paintball Game!!!








Ni "Paintball game" yg pertama kali tuk aku...1st time main trus d Wakefield... Kt mesia mmg x de chance nk main mungkin nmpk cam besar jek angka duit mesia...hehe;)...entry per head just only £5 n ammo bullet £7 for 100 bullet...total tmasuk mkn £20 which is affordable la...jarang2 dpt beraksi cam gini...huhu...

1st 200 bullet aku habiskan dlm 1st frame, pergh terasa mmbazir jek n dpt kill only 2 person jek...arghhh menyesal aku tmbak mcm M16...kuikuikui...1st round within 1st game aku kena shoot tepat2 kt leher...pergh, tergolek kejap sebab mmg sakit giler....'sapa la Mamat yg shoot aku tu'...lebam bawak k malam...kahkahkah...

Next round aku dok kongsi ngan halim Darnall ....100 ammo each...still x cukup...tmbah lagik 300 ammo...then smpi la the last frame...total frame only 4 time sebab hari smakin gelap n almaklum time nk winter ni, siang amat2 la pendek...

Result, team aku champion!!!!semua postgrad brade dlm team ni n cnfirm senior msti menang!!!...kuikuikui...sian kt bebudak muda yg kurang n jauh pngalaman...kehkehkeh...

Thanks kpd Abbad n kino sbg pnganjur Kali ini walaupun tdapat sedikit kelam kabut berkaitan transportation...mmg penat, lagi2 aku kena buat 2 trip Angkut bebudak undergrad ni...

Sekian laporan Kali ni

-- Posted from my iPhone

Saturday 24 October 2009

Susu time




Nuha Alia- setahun 5 bulan


Adam Aqil- 7 bulan

"Susu" time for both nuha n Adam...

Location: Meadowhall Shopping Center...

Time: 1 pm...

Product: SMA

-- Posted from my iPhone

Thursday 22 October 2009

Autumn 2009








Adam sudah meningkat usia 7 bulan musim Autumn ni...suhu semakin menyejuk mcm dok dlm peti ais...stakat ni alhamdulillah Adam tidak mgalami masalah "rashes" yg teruk mcm nuha n maybe Adam "britt tishh born" agaknya...

InsyaAllah 2 minggu lagi ayah n mama akan bawak Adam k London just nk buat sijil lahir n pasport...sambil2 tu smpt la kami bjalan agaknya...dah lama ayah n mama tunggu time anak2 membesar agar senang dbawak bjalan...Tapi musim ni kurang sesuai cz temperature drop smpi 10C ...hmm kena tunggu tahun depan lagik la nampaknya...


-- Posted from my iPhone

Friday 9 October 2009

MasyaAllah

Rata- rata pengkaji Al-Quran telah menemui beberapa bukti yang mengaitkan bencana ini dengan kalam Allah, antaranya gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 September tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

Apabila diselaraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , akan ditemui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tidak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Ayat-ayat tersebut adalah ayat-ayat azab yang Allah timpakan ke atas penghuni sesebuah negara yang derhaka kepadaNya.Ia seolah-olah satu layangan kad merah kepada hambaNya agar menjauhi perbuatan mungkar,jika tidak, kita akan diarahkan untuk keluar dari ‘’padang Allah’’ ini.

Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula jika maksiat dan mungkar makin membarah,nauzubillah

Semoga segala yg berlaku memberikan ksedaran kpd kita semua...


-- Posted from my iPhone

Wednesday 7 October 2009

Nuha oh nuha







Hari ini kesian ayah tgk nuha alia...kulit muka semakin teruk menjadik2...bahagian tgn dan badan kejap 'surut' kejap 'naik' rashes nya...dah bmacam2 ubat ayah n mama buat tp hanya ubat dari mesia jek jalan!!...hmm kena tunggu atuknyau la gamaknya dtg sini this december...

Walaupun hmpir kseluruhan bdn yg gatal2 dan kurang selesa, nuha tetap bermain dan bergurau aktif bsama ayah dan mama...nuha sekarang ni dah bermacam2 "pandainya" telah ditonjolkan depan ayah n mama...

Sesungguhnya badan yg letih dan lesu Akan terasa segar bila pulang disambut anak2 yg berwajah gembira;)

-- Posted from my iPhone

Pesan Harun Din

Pesan Ustaz Haron Din


Seperti yang kita ketahui... Negara kita ni banyak tugu... Antara
yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi
dan sebagainya.. Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah
persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa " segala tugu-tugu itu
serta pembinaannya adalah haram... ciri-cirinya menyerupai berhala...
dan melawatnya juga adalah haram.. "

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2
boleh dikenakan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang2... pihak atasan
tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu...
Setelah berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu...
Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang
tinggal ialah fatwa sahaja... tiada tindakan undang2 yang boleh diambil...
Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik...

Beliau berkata... " bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada
Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat
walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan
mengampunkan orang itu..."

dan kata beliau lagi... " walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi
jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita
juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik..."

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini
ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan...
" Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala
kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna
sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. "

Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik...
terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...

Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa
mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang
telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud...
iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.

Kata beliau seterusnya.. ...
Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...
1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan
membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3. Mereka yang berdiam diri.
4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA
ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)

Dengan ini selesailah tanggungjawab aku untuk menyampaikan segala
maklumat diatas kepada kawan2 sekalian.... Saya berterima kasih kepada
kawan2 semua kerana sudi membaca petikan ini sehingga habis.. Semoga
nasihat2 daripada Ust. Harun Din di atas kita renungi bersama dan ambil iktibar.

-- Posted from my iPhone

Tuesday 6 October 2009

Alhamdulillah




Alhamdulillah smpi saat ini aku masih percaya segala rezki utk anak2!!...cuma dtgnya rezki itu dlm pelbagai bentuk dan cara yg selalunya kt sndiri hairan dan tidak perasan...

Kita dberikan akal dan fikiran sebaik2 kejadian dmuka bumi, terpulang kpd diri kita menentukan hala perjalanan yg tidak henti hngga tiba wktunya...hidup ini umpama kata peribahasa Uk "life is journey, not destination"...;)

Setiap detik dan saat jika kita berusaha insyaAllah mdapat keredaan Allah s.w.t..Aku mengingatkan juga pada diri ini yg tidak lari dari 'alpa' dan sgala munkar samaada sedar atau tidak sedar....

Sekian kali ini...

-- Posted from my iPhone

Waktu







Jam menunjukkan pukul 12.04pm...masa ni aku dah start 'bosan' tunggu Reza bukak garage dia...entah bila pulak dia nk tgk problem kete aku n bila masa pulak nk cari sparepart...mungkin hari esok aku akan bkejar kmbali k Reza Auto tu...call x mjawab, message tak reply..mmg penat dan pening bila fikir hal ni...

Dah dua hari aku tinggalkan nuha n Adam dirumah...balik keje petang pkul 6.30pm baru dpt bersua...sesungguhnya aku rindu nk bermain dgn anak2 seperti biasa...semoga rover pulih sedia kala dan pulangkan masa aku bsama Nuha dan Adam...
-- Posted from my iPhone

Mr. RAC come again!!!














Semalam satu peristiwa yg memenatkan sebab aku tidak mencapai sebarang objektif yg telah dirancang....awal pagi aku dah gegar bro Mizi supaya hntar aku k rumah Abg rizal...then kitaorg check d nearest kedai 'Chalenger' namanya...mmg hrga dia pun chalenge gk la...part barang sajek dah £200 pound...x tau la bape dah kn 'makan' tu...ni belum pulak 'workmanship'..."confirm kena 'sesah' £60 sejam as labour charge!!!!"....pergh sini mmg mahal labour dia...jadik kalu sesapa nk keje sini, jadik mechanics!!!, mmg boleh idup la...;)...hehe ...

After that, Abg rizal bwk aku ngan BMW 520i dia carik sparepart tmpt lain...hasil nyer?!!!...aku hanya dpt merase naik kete BMW 5 series yg 'gagah perkasa' d mata pndangan aku...bisik hatiku, "kalu la bapak aku cop duit, dah tentu aku minta satu cam ghini!!"..hehe, ni hanya gurauan yg sentiasa bermain2 di kepalaku tika ini...

Lantas, keputusan telah aku buat panggil la Mr. RAC 'tow' kete aku smpi garage Reza Autos!!!...mamat reza ni pun satu hal, bila kete aku smpi jek garage, dia tah kemana...pening kpala aku tgk...style mcm "mat ganja" tp apa boleh buat time ni..!!!aku still kn reduce cost repaiir, sebab bnyk pkara2 lain yg menanti selain 'power steering' aku yg leaking ni...
-- Posted from my iPhone

Sunday 4 October 2009

Rover breakdown for 2nd time








Hari ni ahad 4 october 2009...kete aku rover 400 sangkut for 2nd time tp Kali ini d Haddon Street, Middlesbrough....Seminit sebelum smpi Umah Che Dah engine kete mula berasap smpi ke anak tekak aku...then bhenti trus depan umah....takut meletop la plak...lantas aku kluarkan nuha n Adam cepat2 as precaution step...takut x smpat if jadik pape...horror n mmg horror...kalu aku sorang x de la nk rasa horror cam gini...

Lepas aku setting family aku dlm Umah Che Dah aku pun kluar la tgk apa jadik pada engine kete aku ni...rupa2 punca asap tu dtg Dari minyak yg touch 'hot surface'....tulah punca berasap2 bagai nk 'rak'....
Then aku blur kejap cz x tau mana punca leaking tu...aku ambik tisu then slow2 cari which area yg damage...then aku tjumpa satu area host yg aku pun x tau apa mende nya ni....

Pukul 9 mlm RAC staff smpi...dia check smpi 15 min but still x jmpa punca leaking tu...start dari clutch, minyak smpi la aku bgtau aku baru jek isi minyak power steering...then apalagi, dia terus suruh aku corner steering ke kiri n ke kanan...within 30 second, pergh asap membuak2 kuar dr engine kete aku....mechanic tu kata "cnfirm the leaking from power steering oil"...then bantai gelak kitaorg 30 second...

Aku brase beruntung dan syukur pada Allah yg maha besar lg maha penyayang kerana kejadian ni blaku bila ktorg mmg hampir2 dgn Umah Che Dah...syukur alhamdulillah ...

Dan mlm ini kami sekeluarga bsama2 dirumah bermain dgn anak2.....alhamdulillah...alhamdulillah....alhamdulillah...syukur nikmat dari Nya....

-- Posted from my iPhone

Thursday 1 October 2009

"Selamat Hari Lahir Ibu"




Hari ini khamis bersamaan 1 oktober 2009 adalah hari kelahiran bonda yg tercinta...walaupun aku jauh dperantauan tetapi sempat juga aku call ibu myampaikan ucapan 'selamat hari lahir'..

"Usia sudah mencecah 51 tahun dengan harapan semoga panjang umur ibu!!", bisik hatiku...

Hari ini kedengaran 'batuk2' yg agak teruk, lantas aku terpikir "sakit k ibu ni?!!"...Ya benar! apa yg aku pikirkan..."ibu sakit"...dah seminggu rupanya menderita demam dan batuk2...lalu aku mencadangkan ibu segera k klinik dan sempat juga aku menelefon Amir hanya untuk memastikan ibu k klinik....."semoga ibu cepat sembuh"....wassalam


-- Posted from my iPhone

Sheffield Autumn Futsal Game 2009




InsyaAllah beberapa minggu lagi akan diadakan sukan futsal pada musim 'autumn' ini...Sekaligus menutup tirai acara sukan 'outdoor' memandangkan cuaca semakin sejuk smpai ke telinga!!;)..Merangkap sebagai unit sukan PMPMS 2009/2010 berharap sukan futsal pada Kali ini dpt berjalan dengan lancar..

Sukan ini mempunyai objektifnya yg tersendiri iaitu menjurus k arah 'memupuk semangat muhibbah antara ahli2 PMPMS melalui sukan'...InsyaAllah, dengan penglibatan ahli2 semua memberikan kesan positif secara x lansung...

Format telah dirangka dan pembahagian 'player' kpd enam team adalah tidak mengikut 'qariah'...perkara ini penting supaya para peserta dpt merapatkan siratulrahim walaupupun berbeza 'qariah'...Sepanjang aku berada dsini, kelihatan ada 'semangat' 'qariah' yg berbeda2 lalu pantas aku terpikir apa cara utk mgurangkan jurang ini....jawabnya 'sukan'!!!, kerana ini adalah portfolio tanggungjawab yg diamanahkan...;)....

InsyaAllah selepas ini menyusul pula sukan2 teras yg lain seperti 'badminton', 'bowling', go-kart, paintball Dan sebagainya....Sekian...

-- Posted from my iPhone