Sunday, 12 February 2012

Yakjuj dan Makjuj

Ramai antara kita sekadar baca ayat Al-Quran tanpa kita cuba memahaminya dan mencari tafsiran yg jelas. Jika kita baca dan fikir insyaAllah dpd hidayah Allah dpanjatkan doa semoga kita istiqamah bermujahid dijalan yg benar. Berikut antara petikan yg boleh dbaca dan cuba bsama2 kita ungkilkan serta bandingkan dgn hadith2 yg sohih. Kadang kala penceritaan boleh dipengaruhi riwayat2 yg kurang jelas dan terdedah kelemahan2 yg boleh dperdebatkan..

Disebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini, masih ada satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri.Hingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekaligus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.
Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul dihadapan manusia. Akan tetapi, ketikamakhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa.Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesis baru ketika ini kerana sewaktu munculnya makhluk yang dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat!Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kewujudan dan lokasi "pusat tahanan" Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia.
Bagaimanapun, kewujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalm perkara ghaibyang wajib diimani manusia menerusi tanda besar kiamat.Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya(API-UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesis lain sebaliknya ia adalah manusia keturunan Nabi Adam AS.Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Nafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar daripada lokasi mereka.
"Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiya, ayat ke 96 dan 97", katanyaAllah berfirman menerusi ayat surah al-KAHFI ITU: "Kemudian dia(Zulkarnain) menempuh suatu jalan(yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati dihadapan kedua-dua gunungitu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan."Mereka berkata:"Hai Zulkarnain,sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuatdinding antara mereka?'"Zulkarnain berkata: "Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapanya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan(manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka.
Berilah aku potongan-potongan besi'."Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua(puncak)gunung itu, berkatalah Zulkarnain: 'Tiuplah(api itu). Hingga apabila besi itu sudah menjadi(merah seperti) api, dia pun berkata: 'Berilah aku tembaga(yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu."Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya. Zulkarnain berkata: 'Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku(kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar".
Dalam ayat surah an-Anbiya pula, Allah berfirman: "Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar(kiamat) maka tiba-tiba terbeliaklah mata orang kafir(Merekaberkata): 'Aduhai celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim".Dr Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi ada juga perbezaan pendapat dikalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas.
"Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah.Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.Beliau berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehigga kini tetapi dipisahkan daripada manusia oleh Allah SWT menerusi tembok yang dibina oleh Zulkarnain.Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembalimeneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampirnya hari kiamat.
Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat.Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kamatian Dajal yang dibunuh oleh Nabi isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka ikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu.
"Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj: Baginda kemudia berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan golongn itu sehingga mati."Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi", katanya.
Menyoroti dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin dan mempertahankan akidah islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah keran mereka yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiya di atas seperti firman-Nya:"(Mereka berkata):'Aduhai, celakalah kami, sesunggunnya kami adalah dalam kalalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim".


- Posted using BlogPress from my iPhone