Sunday, 25 July 2010

Kesahihan Amalan Dan Fadilat Syaaban

Salam dan sejahtera,

berikut sekadar beberapa persoalan serta jawaban yg dipetik daripada blog Dr. ASRI...semoganya ianya boleh dijadikan panduan dan juga tuk kita berfikir...insyaAllah...selamat membaca



Soalan: al-Fadil Dr Asri yang dikasihi, sekarang kita berada dalam Bulan Syaaban. Apakah amalan yang patut kita lakukan. Saya dengar macam-macam pendapat. Ada kata banyak amalan Bulan Syaaban yang dibuat orang itu tidak ada dalil. Contohnya malam Nisfu Syaaban. Ada kata palsu. Ada kata memang ada dalil. Saya baca di internet pun macam-macam pandangan. Saya ingin beramal dengan amalan yang betul. Bolehkah Dr Asri huraikan?



Anisah, Bangi.



Jawapan Dr MAZA: Saudari Anisah yang dikasihi, sikap saudari yang ingin memastikan ketepatan amalan amat dipuji. Agama ini bukan diikuti tanpa dipastikan kesahihan, atau diikuti tanpa faham. Agama berpaksikan dalil yang diiktiraf. Sesuatu yang tidak berasaskan sumber yang sah iaitu al-Quran dan hadis-hadis yang sabit (authentic) tidak boleh disandarkan kepada Islam. Dalam masa yang sama, tidaklah pula kita mudah menafikan sesuatu perkara dengan menyatakan ia bukan dari ajaran Islam, sebelum kita benar-benar pasti memang tidak wujud dalil dalam hal tersebut. Mengenai soalan saudari, saya jawab berdasarkan perkara-perkara berikut;



1. Hadis-hadis yang berhubung kelebihan atau amalan pada Bulan Syaaban, ada yang sabit dan ada yang tidak. Bahkan terdapat juga amalan-amalan Bulan Syaaban yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat itu, hanya ikutan yang tidak mempunyai apa-apa sumber. Ini seperti amalan sesetengah masyarakat yang membuat juadah khas Bulan Sya’ban dan seumpamanya. Banyak buku-buku yang dijual tentang kelebihan Rejab dan Syaaban itu tidak berasaskan hadis-hadis yang sahih.

2. Dalam sejarah ilmu hadis, ramai pemalsu hadis memang gemar membuat hadis-hadis palsu yang berkaitan dengan fadilat-fadilat. Ini seperti mereka mengada-adakan fadilat-fadilat bulan tertentu, surah tertentu dan seumpamanya. Mereka akan mengaitkannya pula dengan amalan tertentu seperti solat khusus, doa khusus, puasa khusus pada hari atau bulan yang dikaitkan dengan fadilat itu. Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) menyebut:

“Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”.( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadis, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir).

3. Antara hadis palsu yang direka mengenai bulan-bulan:

“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).

Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab( lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5/173, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):

“Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).

4. Namun tidak boleh dinafikan bahawa di sana juga terdapat hadis-hadis yang sahih mengenai kelebihan Bulan Sya’ban. Antaranya apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab:

“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522).

Aisyah r.aha juga menyebut:

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

5. Hadis-hadis yang disebut di atas dan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan kita amat digalakkan berpuasa sunat pada Bulan Syaaban. Perbuatan berpuasa pada Bulan Syaaban adalah sunnah yang sabit daripada Nabi s.a.w. Amalan sebahagian masyarakat yang suka berpuasa pada Bulan Syaaban adalah amalan soleh.

6. Adapun Nisfu Syaaban, atau pertengahan Syaaban (15 haribulan), terdapat hadis yang sahih tentang kelebihannya di samping banyak hadis palsu mengenainya. Juga tidak terdapat hadis yang sabit mengenai amalan khusus seperti solat khas pada malam tersebut. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:

“Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bidah lagi mungkar yang jelek. Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr).

Al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) menyebut dalam al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Maudu’ah:

“Telah diriwayatkan mengenai solat malam Nisfu Syaaban dari pelbagai riwayat, kesemuanya batil lagi palsu” (ms 72. Mekah: Maktabah Mustafa Baz).

7. Pun begitu tidak dinafikan ada hadis yang sahih Nabi s.a.w menyebut:

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135).

Maka, sewajarnya apabila hal ini diberitahu oleh Nabi s.a.w, maka kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci. Syirik dan permusuhan antara muslim adalah sebab seseorang itu tidak diampunkan. Selain itu dua dosa tersebut, mudah-mudahan kita semua diampunkan.

8. Dr Yusuf al-Qaradawi ada mengulas tentang amalan malam Nisfu Syaaban dengan katanya:

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas (al-Quran dan Sunnah) serta bercanggahan dan bertentangan pula isi kandungannya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

9. Namun begitu, janganlah kita terlalu cepat menghukum. Apa yang disebut oleh Dr al-Qaradawi itu adalah kaedah umum. Sesuatu masyarakat atau seseorang individu mungkin mempunyai keuzuran yang tersendiri. Kemungkinan mereka tidak tahu, atau mereka dihalang ilmu untuk sampai kepada mereka dan seumpamanya. Kemungkinan besar jika mereka tahu, mereka tidak akan melakukan hal yang demikian. Tujuan mereka baik, cuma cara sahaja yang wajar dibaiki. Galakan berdoa dan memohon keampunan pada malam Nisfu Syaaban ada asasnya. Penentuan cara sedemikian itu, tidak ditunjukkan oleh nas yang sahih.

Saturday, 17 July 2010

Doa seorang wanita


Sekadar perkongsian input dari sahabat2 Sheffield. Semoga ianya memberi peringatan dan kesedaran kpd diri kita hendaknya..selamat membaca!!


Sabda Rasulullah saw

"Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah"

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya
yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w.
akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada
bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah
s.w.t.


4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,
maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan
ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.


7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang
takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah).
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail.


9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya
(10,000 tahun).


10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang
soleh.


12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".


13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.


14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan
puasanya.


15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Nabi s.a.w) di dalam syurga.


18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.


19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka"


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Southfield Rd,Middlesbrough,United Kingdom

Wednesday, 14 July 2010

Metallica

I'ts my 1st METALLICA in Sheffield

Monday, 12 July 2010

Happy B'day


11 July 1981, itu 29 tahun dahulu lahirnya puteri yg comel dan telah dianugerahkan rezki dan jodoh dtentukan Ilahi...




11 July 2010, ini waktunya putri yg comel itu berumur 29 tahun dan mempunyai sepasang putra dan putri yg dmanjai..Tidak asing peneman setia insan bernama suami pelengkap hidup yg abadi..



11 July 2010, waktu yg amat bermakna utk peminat bola meraikan final world cup Spain vs Holland..ajaibnya, team pilihan insan ini menjuarainya penuh bergaya:)




Insan yg dmaksudkan adalah Nur Adeela Yasid..isteri dan peneman jiwa.....'Selamat Hari Lahir Syg'...;)





- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Hanover Way,,United Kingdom

Saturday, 10 July 2010

The secret 2

Alhamdulillah cuaca yg panas terik mgambarkan summer season yg memuncak. Berkesempatan menghadiri majlis b'day Musfirah anak member d bumi Sheffield ini. InsyaAllah esok akan hadiri 'Meeting bawah pokok sena' d Panderossa park esok hari..Mungkin ada sedikit jamuan dan BBQ kecil yg dibuat secara potluck..

Just ada some space and time nk cntinue entry yg lepas 'The Secret'..bdasarkan pengalaman dan pembacaan aku yg boleh dikatakan 'belum banyak lagi membaca' ini, kebanyakan diri kita ini kurang sedar dengan kuasa yg secara semulajadinya wujud azali. Kuasa yg utama perlu sedar iaitu kuasa Allah, dan bab ini biarkan mereka yg arif dpt mjelaskan dan membuat kajian berkaitan isu yg saling berkait dgn entry ini..aku hanya dpt membayangkan kesinambungan kuasa universe (alam) yg di intrapetasikan kpd kepercayaan kita sebagai umat Islam. Harus kita sedar dan terus sedar jika kita curi dan cungkil pemikiran barat ini insyaAllah nasib dan pembagunan gagasan serta kejayaan kita terbela sentiasa.

Dari sudut 'free thinker', kuasa alam (universe) ini kita boleh umpamakan cermin yg memantulkan cahya yg menerusinya..kalu kita berdiri di hadapan cermin, maka wajah yg anggun terpapar indah;)...melainkan mereka2 yg kurang hensem...hehe..cermin ini mmg Akan 100% memberikan objek dihadapannya..begitulah yg aku maksudkan universe...bila kita minta yang baik, baik la jadinya dan juga begitu sebaliknya...bedanya pula between universe kpd cermin ini hanyalah kawalan Dari dlm diri masing2...dan juga perlu constant berfikir dan melahirkan intrapetasi yg always 100% positive..ya, anda perlu positive dan terus positive...insyaAllah selebihnya terserah pada kuasa Allah S.W.T...Cuma dsini, kita hanya perlu mencari dan mempraktik kan formula yg terbukti bkesan dlm diri kita ini berdasarkan pengalaman2 org yg bjaya masa lampau...perlu yakin dan pujuk hati kita agar berfikiran positive..

Ramai juga pengamal2 kpd kepercayaan ini masih gagal dan buntu termasuk diri aku ini...dberikan akal dan agama moga sama2 saling nasihat menasihati..insyaAllah kekuatan kita yg 80% boleh membantu sahabat2 yg lain manakala kekuatan sahabat2 80% boleh membantu kekurangan kita yg 20% ini...masalah yg ketara punca kegagalan ini krn kita tidak 'constant' mgamalkannya...sekali lagi termasuk la penulis entry ini...

Just remember, we r the pilot n d leader of our mind!!!....yes, then kena la drive betul2 Dan terus positive yakin anda hebat anda positive Dan Aku positive...insyaAllah sama2 la kita menuju membentuk kekayaan yg cemerlang gemilang Dan tak terbilang..hehe..

InsyaAllah to be continued and bnyk lagi entry2 yg nk dmasukkan terutama isi kandungan dan formula2 yg mungkin sesuai dgn anda Dan juga aku...just Do It (Nike said)...buat dan terus buat...

Keypoint 'control our mind to think positive'.....insyaAllah...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Hanover Way,,United Kingdom

Friday, 9 July 2010

The Secret


Alhamdulliah ada peluang 30min tuk aku memasukkan entry yg dah lama beku dlm kepala ni...title entry ini merupakan satu kingdom yg memberi seribu mkna yg besar dan tak terhurai dgn tulisan...

At 1st point sure pembaca question "what is the secret?"...then, haha...dfficult to answer n tell everybody in short msg...but insyaAllah aku Akan memberikan sedikit pengertiannya dan hopefully marilah kt mdalami apakah maksudnya yg begitu dlm dan asli...

Alhamdulillah kita ni Islam sejak lahiriah, dan bnyk advantagenya tnpa kita sedari...pohon dan berdoa smoga kita dberikan petunjuk dan hidayahNya...dan pohon juga dkekalkan hidayah yg ditunjukkanNya...insyaAllah...setiap yg berlaku seharian didepan mata kita ada hikmah dan intrepetasi yg tersendiri...dberikan akal dan agama tuk kita berfikir...

Sebelum ini aku dah masukkan satu entry 'aku dan aku kamu dan kamu'..entry berikut juga saling berkaitan dgn entry ini...inyaAllah I'll try to proceed with this wonderful topic ...

Sebenarnya kehidupan kita seharian mmg dikawal exactly the same laws...one law that we call it "Law of attraction"!!!...tp bagi pengertian aku lebih memilih tuk berdoa...most of free thinker just accept this rule (law)....but secara islamicnya kt percaya pd unsur ini tp cuba kita ubahnya kpd satu perkataan yg lebih sesuai tuk diri kita iaitu "berdoa"....aku percaya dan amat percaya 'kata-kata' merupakan doa...kalu kita bilang 'sial', sial la subjek itu...kita bilang bagus, bagus la subjek itu...jadik bermula hari ini dan saat ini berkata dan berfikir pkara2 yg bagus...insyaAllah kelak hebat lah anda kerna mempractikkannya...

Percaya atau tidak, cuba anda tanam 2 pokok yg sama benih sama sihat...satu pokok itu anda ckp pada dia "berbuah la kamu" dan satu pokok lagi anda ckp "kamu ni x mendatangkan hasil, hodoh, sial la pokok ni"....then selang beberapa minggu Cuba anda lihat apakah hasilnya!!....ini bkn kata2 kosong tp ini ada lah salah satu bukti yg dpt aku nyatakan dsini...jadik marilah kt sama buat research ini...

Ada lagik satu contoh yg mmg dialami oleh aku sendiri masa buat master d UPM dan research d IMR...Salah satu objective research master aku dulu ada bkaitan 'cell cultures'...hari2 aku bkata2 dgn cells ni...'sihat la ko', 'viable la ko', 'plz accept this gen', 'please show smthing +ve result'...dan bermacam2 pkataan...alhamdulliah aku adalah salah seorang yg boleh dikatakan pakar dlm cell culture ini....setiap cells yg aku accept dr oversea alhamdulillah growth dgn viable dan cantik skali...semua ini aki boleh bilang 'kata2' atau 'doa' yg secara indirectly nya dpanjatkan pd Allah S.W.T...

Orait sambung lagik cz anak aku pun dah bangun then tiba la waktu mereka layan YouTube kt iPhone aku ni.......




- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Hanover Way,,United Kingdom

Thursday, 8 July 2010

Rahsia solat 5 waktu dr sudut sains...

Artikel ini saya petik dari sebuah blog. Amat menarik untuk dibaca, dihayati seterusnya diamalkan. Semoga kita sama-sama memperoleh manfaatnya serta diberkati oleh Allah swt dunia dan akhirat.....



"Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya!"...


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?



Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh..
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar / rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaanakan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.



Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.



Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti.



Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.



Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusny a memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpanrahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.



Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.



Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.



Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkanbagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.



Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Hanover Way,,United Kingdom

Tuesday, 6 July 2010

Adam & Nuha




Alhamdulillah masuk 2nd week kami handle "anugerah Allah" dgn sebaik2nya...Adam n Nuha jelas happy n mood bermain yg amat tinggi menggmbarkan ciri2 ksihatan yg unggul..alhamdulillah again...




Sampai saat ini Adam n Nuha sedar dan paham bahwa mereka tidak ada 'penjaga' mereka lagi kecuali Ayah n Mama...before this, every single step cari 'Kak Addawiyah' mereka yg kini telah selamat pulang k Malaysia..kepulangannya amat dirasai tp apa yg berlaku ada hikmahnya yg tersendiri..hnya kt sebagai hamba Allah perlu jujur dan amanah mjaga 'anugerahNya' yg tak ternilai bandingnya...




Weekend yg lepas kami bawa Adam & Nuha k 'Lakeside fctory outlet' setelah pulang dr carboot Doncaster...Nuha & Adam spt biasa mmg pantang jumpa playground cnfirm nk stay lama...IgglePiggle Boat ni smpai 9 ride nuha tunggang...anyway ayah n mama tetap happy dgn gelagat anak2 kami yg comel ini...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:A6134,Norton,United Kingdom