Hazrat Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Seorang yang bersolat secara berjemaah akan digandakan sebanyak dua puluh lima kali pahala lebih daripada orang yang bersolat bersendirian di rumah atau di kedai. Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolat maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat dan digugurkan satu dosa.
Setelah bersolat, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus duduk menunggu untuk menunaikan solat yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solat selama masa dia menunggu solat tersebut.” ( Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah ).
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Semoga saya dan tuan-tuan dikurniakan taufiq, hidayah dan keupayaan oleh Allah S.W.T untuk amal dan sampaikan.
Lets strive our utmost for success in this world and hereafter...ameen.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Location:Gell St,Norton,United Kingdom
No comments:
Post a Comment